Masalah ini ditakdirkan tiada jawapan sepanjang jangka masa ini. Aku tahulah ini kerana tekanan daripada beberapa halangan, namun, bila terlalu banyak masalah tersumbat dan tidak dapat diselesaikan, hatiku berat seperti batu, aku rasa dah penat masa memandangkan masalah yang masih tersumbat. Loan kereta tidak dapat diselesai, peperiksaan etic yang diramalakan gagal, masalah bahasa, baik itu inggeris atau m'sia dah mula menarik perhatian yang 'amat khusus' daripada kolega saya.Dalam sebahagian besar masa, aku terasa mereka menghela nafas dan visi yang memandagkan saya rendah.
Kadang-kadang, aku merasa saya sebagai seorang yang cacat bahasa in antara semua di pejabat. Mereka akan tertanya kenapa yyp nak ambil ku seorang yang berpontensi kosong sebagai pelatih?? Dalam pandangan mereka, saya bahkan tidak berpontensi menjadi seorang juru tulis seperti mereka. Nampaknya masalah saya amat serius baru-baru ini bukan hanya apa yang telah diulas, terdapat satu-satu yang amat serius adalah saya tidak mampu memperoleh nilai profesional yang boleh dihargai atau dihormati oleh kolega, ahli-keluarga dan sahabat saya sekalian.
Kadang-kala, aku pun tidak faham masa aku nak cakap tapi tidak dapat mengeluarkan perkataan atau ayat yang diinginkan, macam tidak dapat mengawal percakapan seperti yang apa saya fikir. Rasa ini sanagat menyedihkan dan memalukan saya. Saya betul-betul mengharap agar saaya dapat menghadapi dan menangani semua kesusahan dan ketidakmampuan yang ketara dalam jangkamasa depan yang singkat.
Thursday, September 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment